Yayasan Infaq Malaysia ditubuhkan pada 2009 bagi menjadi sebuah peneraju di dalam sektor pendidikan dan kebajikan
Tujuan penubuhan YIM adalah untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat atau golongan yang memerlukan bantuan. YIM ditubuhkan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti anak yatim, golongan kurang upaya, orang tua yang terlantar, dan lain-lain. Dipengerusikan oleh Prof Dr Azmuddin Ibrahim, seorang ahli akademik tanah air yang telah berkhidmat di dalam bidang pendidikan lebih 40 tahun di dalam hidupnya. Beliau telah menjelajah hampir kesemua benua dunia dan kini ingin membawa arus perubahan demi agama, bangsa dan tanah air. Kami di YIM ingin mengembalikan kepercayaan masyarakat di dalam menongkah arus membantu asnaf di dalam pendidikan, kebajikan di dalam dan luar negara. Dengan berbekalkan doa dan dukungan dari masyarakat, kami melangkah tapak demi tapak bagi menuju destinasi dan menjadi salah sebuah NGO terkemuka Malaysia kelak.
Chairman Welcoming
Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat Ilahi, Yayasan Infaq Malaysia (YIM) telah berjaya mensasarkan program-program yang berimpak tinggi kepada warga Asnaf yang berkeperluan di bandar dan di luar bandar. Kami juga menyediakan program dan pakej infaq di luar negara bagi mana-mana pihak yang berhajat untuk membuat sumbangan di peringkat antarabangsa. Bantuan dan sokongan dari pihak umum amatlah kami alu-alukan. Kami juga menjemput mana-mana individu bagi menyertai program sukarelawan bagi berbagai program YIM. Salam pengenalan dari saya dan jutaan terima kasih.